DNA & X -Men

Terokai - Sains
2 min readJun 11, 2020

--

Ini merupakan bebenang oleh Fikri (kurator) di Terokai — Sains pada 4 Jun 2020.

Adakah anda mengenali watak ini?

Haha, watak X-Men sangat terkenal dengan konsep mutasi yang berlaku pada kromosomnya. Mutasi pada faktor X nya menjadikan watak ini sebagai seorang ‘superhuman’ atau ‘Homo superior’.

Tetapi, dalam keadaan seharian bahan genetik kita (DNA) juga mengalami mutasi. Jadi kita ni boleh macam X-Men kah?😌

Tetapi hakikatnya DNA kita mengalami mutasi pada kadar antara 0.00005 hingga 0.0004 😳! Perubahan yang berlaku pun (secara am) tidaklah sampai jadi supermanusia.

Tetapi…

Sebelum pergi lebih lanjut, kita lihat dulu DNA itu apa? Molekul ini adalah suatu rantaian yang mengkod protein — untuk kegunaan seharian sel kita mengikut fungsi sel tersebut.

Kod DNA terdiri daripada 4 asas @ huruf sahaja! A, T, C dan G. Asas ini adalah bahan berasaskan nitrogen.

Dan suatu asid amino (bahan nak buat protein) akan dihasilkan berdasarkan kombinasi mana- mana tiga kod di atas.

Okay, cuba anda lihat contoh di bawah dan bandingkan.

Bandingkan susunan huruf (DNA) dengan maksud yang saya berikan (amino asid).

Gambar 1:
1 = Saya
2 = Baik 😇

Gambar 2:
1 = Saya
2 = Jahat 😈
T = Tembak kang ??

Hanya disebabkan penambahan satu asas (mutasi) kesemua bacaan terus berubah. Haa dalam situasi sebenar, ini boleh menyebabkan protein yang kita nak tidak jadi sebab bacaan suatu gen itu tak pendek, boleh sehingga berpuluh malah ratusan huruf!

Samalah macam dengan keadaan mutasi pada Thread 6 ini.

Bacaan lanjut:
1. We’re All X-Men as Far as Genetic Mutations Go
Mutants became objects of fear and hatred.” — Kitty Pryde narrating in the story “Days of Future Past” found in The Uncanny X-Men #141 in January 1980 “In her DNA they found the key to her mut…https://blogs.scientificamerican.com/guest-blog/we-re-all-x-men-as-far-as-genetic-mutations-go/

2. Mutant Biolo | Marvel Database | FandomMutant Biolo | Marvel Database | Fandomhttps://marvel.fandom.com/wiki/Mutant_Biolo

Ralat:
1. Saya nak maksudkan kadar mutasi daripada 0.0001 hingga 0.00001.

Ini merupakan bebenang oleh Fikri (kurator) di Terokai — Sains pada 4 Jun 2020.

--

--

Terokai - Sains

Membawakan sains kepada anda oleh rakyat Malaysia dalam misi #MerakyatkanSains