Medan Magnet Bumi.

Terokai - Sains
3 min readJun 1, 2020

Ini merupakan bebenang oleh Muhammad Eilham (kurator) di Terokai — Sains pada 6 Mei 2020.

Kalau anda lihat pada peta, Bumi ada 2 kutub: Kutub Utara dan Kutub Selatan. Dan kalau anda ada kompas, bahagian utara kompas anda akan menunjukkan arah Kutub Utara (secara anggaran).

Cuba fikir balik. Ada satu benda tak kena dengan statement saya tadi.

Kalau anda fikir semula, macam mana bahagian kutub utara kompas kita boleh menunjukkan arah Kutub Utara Bumi?

Bukan kutub Utara dengan kutub Utara sepatutnya saling menolak ke? (Ini sebahagian dari tajuk magnetisme)

Hal ini lebih dikenali sebagai medan geomagnet. Kutub Utara kita sebenarnya memiliki kekutuban geomagnet selatan (Geomagnetic South).

Jadi perlu dibezakan. Dalam aspek georgrafi, Kutub Utara adalah Kutub Utara, tapi dalam aspek medan magnet, Kutub Utara sebenarnya Kutub Selatan.

Masuk akal lah kan, sebab bahagian utara kompas kita berinteraksi dan tertarik ke arah kutub geomagnet selatan (iaitu Kutub Utara).

Jadi bagaimana Medan Geomagnet Bumi (Utara dan Selatan) ni terhasil?

Secara jujurnya, kita belum ada jawapan yang pasti, yang betul-betul dapat dibuktikan lagi.

Salah satu teori bagaimana Medan Magnet Bumi ini terhasil adalah kesan daripada pergerakan besi dalam bahagian teras Bumi.

Hal ini dipanggil Teori Dinamo.

Secara mudahnya, saya selalu terangkan kepada pelajar saya (dalam subjek magnetisme) bahawa partikel bercas bergerak akan menghasilkan medan magnet yang tersendiri.

Jadi, menurut Teori Dinamo yang diusulkan oleh Walter M. Elsasser, Bumi yang berputar ini mengandungi arus dalam teras Bumi. Pergerakan arus ini adalah apa yang akan menghasilkan medan magnet Bumi.

Jadi apa pentingnya medan magnet Bumi ni?

Dalam konteks angkasa lepas, medan magnet Bumi ni, atau dipanggil lapisan magnetosphere, amat penting buat kita semua.

Untuk faham kenapa Medan Magnet Bumi penting, kita perlu tengok interaksi antara Matahari dan Bumi terlebih dahulu.

Matahari, selain memancarkan cahaya, turut memancarkan sinaran yang lain.

Selain dari memancarkan sinaran, Matahari juga kadangkala memancarkan partikel-partikel bercas, dalam bentuk angin suria (solar wind). Angin suria ni dikategorikan kepada — laju (Fast Solar Wind) dan perlahan (Slow Solar Wind).

Beza angin suria laju dan perlahan terletak pada tenaga yang dibawa. Laju bawa tenaga lagi besar dari perlahan. Tapi komposisi angin suria sama selalunya, partikel bercas seperti elektron, proton dan ion-ion lain.

Dekat sinilah fungsi medan magnet Bumi. Sekiranya Bumi tidak memiliki medan magnet, kesemua partikel tercas dengan tenaga yang tinggi ini akan menghentam permukaan Bumi.

Kita akan terjejas, dan permukaan Bumi sepatutnya tak boleh didiami.

Tapi, disebabkan adanya medan magnet Bumi, ia bertindak sebagai pelindung yang akan menghalang angin suria dari bergerak terus ke arah Bumi.

Jadi, sewaktu interaksi antara angin suria dan medan magnet Bumi berlangsung, ada sebahagian partikel tercas yang akan ‘terlepas’ sampai ke Bumi, kerana bentuk Medan magnet kita (rujuk gambar).

Akibat daripada tenaga partikel tercas tadi berinteraksi dengan partikel yang ada di lapisan atmosfera Bumi (pindahan tenaga berlaku dsb), maka terhasil satu fenomena alam yang dipanggil sebagai Aurora.

Ini merupakan bebenang oleh Muhammad Eilham (kurator) di Terokai — Sains pada 7 Mei 2020.

--

--

Terokai - Sains

Membawakan sains kepada anda oleh rakyat Malaysia dalam misi #MerakyatkanSains